Hilary Duff
Hilary Duff

Hilary Duff

Hilary Erhard Duff (pada lahir 28 September 1987) merupakan seorang pelakon, penyanyi, penulis lagu dan usahawanita Amerika Syarikat. Duff menjadi terkenal setelah berlakon dalam drama siri Lizzie McGuire terbitan Disney. Duff juga melibatkan diri dalam bidang perfileman. Antara filem lakonan Duff adalah Cheaper by the Dozen & Cheaper by the Dozen 2, The Lizzie McGuire Movie dan A Cinderella Story. Duff mendapat keuntungan $15 juta pada tahun 2005 dan $12 juta pada tahun 2006 dan 2007.Kerjaya Duff amat menyerlah dalam bidang nyanyian. Antara album yang telah dihasilkan oleh Hilary termasuklah Metamorphosis (2003), Hilary Duff (2004), Most Wanted (2005), Dignity (2007), dan Best of Hilary Duff (2008).Duff telah melancarkan jenama pakaiannya, "Stuff by Hilary Duff" dan dua minyak wangi eksklusif dengan syarikat Elizabeth Arden. Duff juga bakal melancarkan jenama pakaiannya yang terbaru, "Femme for DKNY Jeans" pada 2009. Duff dan kakaknya, Haylie Duff, turut menjadi penerbit filem Material Girls yang juga dibintangi oleh mereka.[1]

Hilary Duff

Pekerjaan Pelakon, penyanyi, penulis lagu, pereka fesyen, pengarah, jurucakap
Nama lahir Hilary Erhard Duff
Instrumen Suara
Syarikat rakaman Walt Disney (2001-2003)
Buena Vista (2001-2004)
Hollywood (2002-2008)
Laman sesawang http://www.hilaryduff.com/
Genre Pop rock pop, pop, elektronik, tarian, electro-pop
Tahun aktif 1997–kini